Selasa, 8 Februari 2011

Tips Coklat Hitam..

Coklat hitam juga dikenali sebagai coklat 'bittersweet' atau 'semisweet'. Sebanyak 70 peratus daripada kandungan di dalam coklat hitam adalah koko padat atau sedikit tanpa gula tambahan. Coklat hitam baik untuk kesihatan kerana :-
* Antioksidannya lapan kali lebih banyak daripada strawberi.
* Mengandungi beberapa jenis mineral seperti kalsium,magnesium dan potasium.
* Melancarkan aliran darah di arteri.
* Makan sepotong kecil coklat hitam setiap hari akan menurunkan kadar kolestrol jahat (LDL) sekitar 10 peratus.
* Memperbaiki mood dan memberikan rasa senang dengan meningkatkan kadar serotonin dan endorfin di otak.