Selasa, 28 Jun 2011

Fibroadenoma

Fibroadenoma adalah satu punca benjol pada payu dara. Ia tidak sakit dan boleh bergerak-gerak jika dipicit. Ia masalah payu dara yang sering terjadi dan boleh menyerang wanita tanpa mengira usia. Lebih kerap menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Jika benjolan terjadi pada wanita berusia 40an, kemungkinan besar ia bukan firodenoma
Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun
Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.
Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.
Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.

Selasa, 8 Februari 2011

Tips Coklat Hitam..

Coklat hitam juga dikenali sebagai coklat 'bittersweet' atau 'semisweet'. Sebanyak 70 peratus daripada kandungan di dalam coklat hitam adalah koko padat atau sedikit tanpa gula tambahan. Coklat hitam baik untuk kesihatan kerana :-
* Antioksidannya lapan kali lebih banyak daripada strawberi.
* Mengandungi beberapa jenis mineral seperti kalsium,magnesium dan potasium.
* Melancarkan aliran darah di arteri.
* Makan sepotong kecil coklat hitam setiap hari akan menurunkan kadar kolestrol jahat (LDL) sekitar 10 peratus.
* Memperbaiki mood dan memberikan rasa senang dengan meningkatkan kadar serotonin dan endorfin di otak.

Khamis, 27 Januari 2011

Simptom-simptom Migrain

* rasa sakit sederhana sehingga teruk yang memberi kesan pada keseluruhan kepala atau boleh berpindah daripada satu bahagian kepala ke bahagian kepala yang lain.
 *sensitif kepada cahaya,kebisingan atau bau.
*penglihatan kabur
*loya atau muntah-muntah,perut meragam,atau sakit pada bahagian perut.
*hilang selera makan
*rasa hangat atau sejuk
*pucat
*letih
*rasa pening
*terasa seakan-akan melihat titik terang,titik buta atau garisan berombak-ombak.
*demam (jarang berlaku)